Jumaat, 7 September 2018

Depresi

Sekarang aku cuba untuk mengatasi depresi dengan cara aku sendiri.aku susah nak percaya pada orang.segala rahsia aku,aku cuma simpan dalam diri aku tanpa aku luahkan.ya..memang masalah ni punca segala depresi yang aku alami sekarang ni.terlalu sukar tapi aku cuba cari jalan aku sendiri untuk keluar dari rasa sakit yang aku alami sekarang ini.keinginan aku untuk membunuh diri bertambah tapi aku masih ada seseorang yang aku perlu jaga dan orang yang paling aku sayang lebih dari nyawa aku sendiri.kemurungan aku tak pernah berkurang.sebaliknya aku lebih suka bersendirian.aku rasa aku lebih sesuai di dunia aku sendiri.tiada kongkongan..tiada paksaan..tiada perasaan kecewa..aku cuba untuk hadapi kehidupan realiti tapi aku rasa diri aku makin tenggelam..aku cuma ingin tidur tanpa perlu sedar.mimpi yang menggembirakan.

Isnin, 27 Ogos 2018

Kehidupan harian

Sudah terlalu lama aku tidak menulis. Kehidupan aku sekarang masih dalam keadaan yang sukar tapi aku masih mampu menanganinya. Cuma keadaan kemurungan aku yang sangat susah aku nak terangkan. Dalam tempoh sebulan aku cuma mampu ada perasaan gembira sekali sahaja..selebihnya aku rasa hidup aku kosong. Seorang insan yang tidak punya apa-apa. Setiap hari aku berdoa moga aku masih jadi anak yang baik dan iman aku ditingkatkan lagi. Cuma aku tak pasti sampai bila. Doakan aku dapat atasi masalah kemurungan yang teruk ini. Kat sini tiada sesiapa yang mengenali aku. Kalau nak baca coretan aku pun, aku tidak kisah sebab tiada yang mengenali diri aku seperti mana aku kenal diri aku sendiri. Untuk jumpa kaunselor, aku rasa susah.. aku sukar untuk percayakan org lain bila aku meluahkan secara berhadapan.

Rabu, 22 Mac 2017

Part 3

Aku pernah menjadi mangsa seksual. Yup..mungkin tak ramai gadis diluar sana begitu terbuka untuk mengatakan dirinya pernah menjadi mangsa seksual kaum adam. Aku baru kini mampu mengungkap diriku pernah menjadi mangsa segelintir kaum adam yang keparat ni. Kalau dulu aku sering menyendiri dan lebih suka bergerak secara berseorangan. Semua ni berlaku sebab aku rasa tiada harga diri. Aku sering ponteng kelas sebab rendah diri aku yang keterlaluan. Aku jadi seorang yang mudah murung,suka kehidupan yang sunyi tanpa gangguan. Dan paling teruk aku sehingga sekarang masih benci dan dendam pada kaum adam sedangkan yang melakukan aniaya pada diriku cuma segelintir sahaja. Aku berusaha tanpa perlu bantuan dari kaum adam. Kenapa?? Sebab aku tak nak bergantung pada mereka. Aku tak nak terhutang budi pada mereka. Sehingga kini aku masih belum mampu nak lupakan peristiwa hitam yang berlaku 24 tahun yang lalu. Aku rasakan perasaan benci aku pada kaum adam bertambah setiap hari. Kadang-kadang aku bertindak seperti aku mencintai mereka hakikatnya perasaan cinta aku cuma palsu. Aku masih tak mampu jatuh cinta pada mana-mana lelaki sebab kehidupan aku dah dirampas dari aku kecil lagi.
Oh Tuhan..kenapa aku begitu sukar memaafkan dan menerima perasaan untuk mencintai insan dari kaum adam setulus ikhlas hatiku. Aku ingin seperti wanita lain diluar sana yang punya keluarga dan anak-anak serta bercinta penuh bahagia bersama pasangan. Aku cuma mampu mencintai kaum sejenisku. Bukan sebagai kekasih tapi aku mencintai kaum sejenisku sebab aku ingin lindungi mereka dari segelintir kaum adam yang durjana. Aku juga tidak ingin kaum sejenisku jadi orang yang suka merosakkan diri dia sendiri. Aahhh..payahkan.. aku tidak mungkin mendapat kebahagiaan yang aku inginkan. Seorang suami yang menerima diriku seadanya dan mengasihi diriku seumur hidup. Aku rasa hidupku kosong tanpa cinta yang tulus. Aku memendam kedukaan hidupku terlalu lama sehingga aku dah mula rasakan diriku mudah rapuh. Hanya bila- bila masa aku mengangkat bendera putih. Rendahnya diriku ini ya Tuhanku. Aku hanya insan biasa yang telah lama memendam perasaan duka,benci,dendam dan marah.

Part 2

Aku mengalami banyak masalah dari aku kecil lagi. Dan aku pun tak tahu bagaimana aku dapat teruskan kehidupan aku selepas pelbagai masalah yang dah aku alami. Aku berasal dari keluarga yang sederhana tidak kira dari segi jumlah ahli keluarga mahupun ekonomi. Tapi aku bersyukur juga sebab aku mampu teruskan pengajian walaupun cuma tahap diploma. Tapi aku akan berusaha untuk mencapai tahap yang lebih tinggi. Sebab aku tak nak sesiapa pun pandang rendah pada aku dan keluargaku. Bak kata orang tua ku..ilmu perlu bagi meneruskan kehidupan yang kian mencabar.
Aku sangat berterima kasih kepada ibu dan ayah sebab mendidik aku dengan ilmu dan kasih sayang yang aku inginkan.

Khamis, 9 Februari 2017

Emosi

Perasaan aku selalu berubah2..perasaan yg aku sukar nak gambarkan..
Kadang-kadang aku rasa perasaan ni berkait rapat dengan keadaan persekitaran aku. Bila keadaan jadi tegang aku pula dalam keadaan sangat beremosi dan mudah marah. Bila keadaan tenang aku pula dalam keadaan relaks tanpa gangguan. Jadi aku lebih suka keadaan yang sunyi dan tak berada dalam keadaan tertekan. Sebab jiwa aku seperti mudah memberontak. Mudah membenci dan sikap prejudis aku pada org sekitar meningkat tinggi. Perasaan aku sangat rapuh walaupun luaran aku seperti orang yang cukup kuat,tabah dan bersemangat.

Khamis, 5 Januari 2017

Part 1

Yup..harith aku jadikan nama samaran..aku cuma ingin coretkan segala bentuk masalah yang melanda dalam hidup aku dalam coretan harian..
Segala kesukaran yang aku alami sepanjang aku hidup ni aku luahkan disini..mungkin aku nak orang lain yang membaca coretan aku ini boleh jadikan satu panduan dan pembelajaran supaya tidak menyimpang dari jalan kebenaran.
Mungkin juga sebagai satu peringatan di masa depan. Dan mungkin juga aku sangat memerlukan pandangan dari sudut yang positif dan dalam masa yang sama membina semangat aku yang kian pudar..