Rabu, 22 Mac 2017

Part 3

Aku pernah menjadi mangsa seksual. Yup..mungkin tak ramai gadis diluar sana begitu terbuka untuk mengatakan dirinya pernah menjadi mangsa seksual kaum adam. Aku baru kini mampu mengungkap diriku pernah menjadi mangsa segelintir kaum adam yang keparat ni. Kalau dulu aku sering menyendiri dan lebih suka bergerak secara berseorangan. Semua ni berlaku sebab aku rasa tiada harga diri. Aku sering ponteng kelas sebab rendah diri aku yang keterlaluan. Aku jadi seorang yang mudah murung,suka kehidupan yang sunyi tanpa gangguan. Dan paling teruk aku sehingga sekarang masih benci dan dendam pada kaum adam sedangkan yang melakukan aniaya pada diriku cuma segelintir sahaja. Aku berusaha tanpa perlu bantuan dari kaum adam. Kenapa?? Sebab aku tak nak bergantung pada mereka. Aku tak nak terhutang budi pada mereka. Sehingga kini aku masih belum mampu nak lupakan peristiwa hitam yang berlaku 24 tahun yang lalu. Aku rasakan perasaan benci aku pada kaum adam bertambah setiap hari. Kadang-kadang aku bertindak seperti aku mencintai mereka hakikatnya perasaan cinta aku cuma palsu. Aku masih tak mampu jatuh cinta pada mana-mana lelaki sebab kehidupan aku dah dirampas dari aku kecil lagi.
Oh Tuhan..kenapa aku begitu sukar memaafkan dan menerima perasaan untuk mencintai insan dari kaum adam setulus ikhlas hatiku. Aku ingin seperti wanita lain diluar sana yang punya keluarga dan anak-anak serta bercinta penuh bahagia bersama pasangan. Aku cuma mampu mencintai kaum sejenisku. Bukan sebagai kekasih tapi aku mencintai kaum sejenisku sebab aku ingin lindungi mereka dari segelintir kaum adam yang durjana. Aku juga tidak ingin kaum sejenisku jadi orang yang suka merosakkan diri dia sendiri. Aahhh..payahkan.. aku tidak mungkin mendapat kebahagiaan yang aku inginkan. Seorang suami yang menerima diriku seadanya dan mengasihi diriku seumur hidup. Aku rasa hidupku kosong tanpa cinta yang tulus. Aku memendam kedukaan hidupku terlalu lama sehingga aku dah mula rasakan diriku mudah rapuh. Hanya bila- bila masa aku mengangkat bendera putih. Rendahnya diriku ini ya Tuhanku. Aku hanya insan biasa yang telah lama memendam perasaan duka,benci,dendam dan marah.

Part 2

Aku mengalami banyak masalah dari aku kecil lagi. Dan aku pun tak tahu bagaimana aku dapat teruskan kehidupan aku selepas pelbagai masalah yang dah aku alami. Aku berasal dari keluarga yang sederhana tidak kira dari segi jumlah ahli keluarga mahupun ekonomi. Tapi aku bersyukur juga sebab aku mampu teruskan pengajian walaupun cuma tahap diploma. Tapi aku akan berusaha untuk mencapai tahap yang lebih tinggi. Sebab aku tak nak sesiapa pun pandang rendah pada aku dan keluargaku. Bak kata orang tua ku..ilmu perlu bagi meneruskan kehidupan yang kian mencabar.
Aku sangat berterima kasih kepada ibu dan ayah sebab mendidik aku dengan ilmu dan kasih sayang yang aku inginkan.